Translate

Sunday, December 15, 2013

PHILES RESORT & SPA MELAKA

MELAKA WIKIPEDIA


Melaka mempunyai banyak tarikan dan sering menjadi pilihan percutian di musim cuti. Oleh itu, mereka sering mengalami kesesakan dek kerana jalan perhubungannya tidak baik.
           Philea Resort & Spa menjadi pilihan kali ini kerana kedudukan dan ketersampaiannya. Kedudukannya hanya beberapa meter dari exit Tol Ayer Keroh menjadikannya jauh dari hiruk pikuk bandar. Rumah chalet yang unik dengan 90 percent rumah diperbuat dari kayu menjadi pengalaman yang sukar dilupakan. Namun begitu, menjadi gangguan kepada para penghuni yang tinggal di tingkat bawah kerana bunyi orang berjalan kuat kedengaran dari tingkat atas.
Resort ini besar mengelilingi kolam buatan di tengahnya. Kolam mandi dengan air terjun buatan, gazebo dan beberapa unit chalet berdekatan kolam memberikan suasana seperti dalam filem tradisional Jepun. Selain itu, kemudahan lain yang terdapat di sini sama seperti resort-resort lain seperti dewan, padang, karaoke, spa dan gym.


Lot 2940, Jalan Ayer Keroh
Off Jalan Plaza Tol
Melaka

Sunday, December 8, 2013

KIWI DAN ALL BLACK

NEW ZEALAND WIKIPEDIA

Siapa yang tidak kenal permainan ragbi?. Antara pasukan terhebat di dunia ialah All-Black dari Negara New Zealand. Permainan ini paling popular di kalangan penduduknya di samping bola sepak. Saiz badan penduduk yang besar-besar sangat berkait-rapat dengan diet seharian mereka. Mereka menyukai daging kerana memberi mereka kepanasan dan tenaga bagi aktiviti pertanian. Justeru binatang ternakan dikomersilkan bagi daging dan hasil tenusu.
             Melancong ke negara yang luas ladang ternakannya dapat dilihat dari atas Auckland Airport lagi. Tidak hairanlah, segala jenis lembu dan kambing kacukan berasal dari sini serta dikhabarkan juga jumlahnya berkali-kali ganda berbanding penduduk.
Pada masa dahulu, penduduk pribumi terdiri dari kaum Mouri yang pelbagai puak. Penjajahan menyebabkan sedikit-sedikit kebudayaan mereka terhakis. Menyedari penting sejarah pribumi, pemerintah membina Mouri Muzium untuk generasi akan datang. Bangsa asing juga menyebabkan burung kiwi semakin pupus. Penyebab utama kepupusan ini ialah anjing!.


                             Ke utara suhunya kurang sedikit sejuk dan banyak tempat menarik boleh dikunjungi. Eko-pelancongan kali ini mengunjungi tempat seperti Rotorua Hot Spring (bau seperti telur busuk dan merupakan tempat mandi ketua puak sahaja), Pukeiti Garden dan Waitamo Garden Caves. Di samping itu, Kelly Tarlton's Antartic Encounter and Under Water World menjanjikan pengalaman hidupan akuatik yang terdapat di negara "berlaga hidung sebagai tanda pengenalan" ini.


71 Mayoral Drive Auckland
1010 New Zealand

Saturday, December 7, 2013

OSAKA-KOBE-KYOTO

JAPAN WIKIPEDIA

Negara maju seperti Jepun masih mengekalkan kebudayaan tradisonal yang kuat. Pelbagai aspek kehidupan dapat dilihat ciri ini contohnya dalam berbahasa, pemakanan, tatasusila serta kepercayaan masih dikekalkan.
             Wilayah Osaka, Kyoto dan Kobe yang dikunjungi ini merupakan wilayah yang dikatakan sederhana membangun berbanding kosmopolitan lain. Kebanyakan wilayah ini masih banyak taman-taman dan istana diraja yang cantik. Antaranya Temple Kiyomizu merupakan tempat suci dan Osaka Castle bekas istana diraja dibuka kepada umum.
Faktor kepulauan menyebabkan begitu banyak sekali hujan yang diterima di sini bahkan berlaku pada setiap hari. Oleh kerana itu, kebiasaannya hotel akan menyediakan payung percuma kepada pelanggannya kerana dianggap satu kemestian bagi sesiapa melawat negara Jepun.

Perjalanan ke destinasi tertentu lebih tertumpu kepada jalan keretapi sebagai pengangkutan utama. Shinkansen Jr Subway merupakan antara pusat perkhidmatan keretapi di wilayah ini. Di sini penumpang boleh bertukar medium keretapi tertentu misalnya untuk menaiki keretapi laju, LRT ataupun komuter. Tidak hairanlah saiz stesennya sangat besar.

Friday, December 6, 2013

MAKKAH AL-MUKARRAMAH

MAKKAH WIKIPEDIA

Makkah Al-Mukarramah terletaknya pusat pengabdian umat Islam iaitu Kaabah. Bandar yang sentiasa padat dan tidak putus manusia sepanjang tahun ini dibuka untuk aktiviti ziarah atau haji.
            Uniknya tidak terdapat di mana-mana bahagian di dunia ini ialah air zam-zam. Pertama kali meminumnya, satu perasaan kepuasaan wujud. Dua kepuasan dapat dirasai iaitu kejayaan membuat tawaf dan kejayaan minum air suci ini dari sumurnya.
Antara pengalaman di sini ialah:
✤ Al-Haram dibuka 24 jam untuk beribadat. Suasana malamnya cantik dengan limpahan cahaya lampu. Bagi lelaki dinasihatkan supaya merasai pengalaman sembahyang maghrib dan isyak di bumbung masjid.
✤ Air di hotel sentiasa suam. Paip air merentasi gurun panas menyebabkan suhu air meningkat. Air ini bukan air zam-zam tapi air sulingan air laut.
✤ Purata peniaga tahu bertutur bahasa Melayu.
✤ Pertama kali merasa hidangan nasi arab dengan dihidangkan sekali kepala kambing serta dikongsi dalam talam yang besar.

Hotel penginapan kami di Royal Dar Al-Eiman yang terletak di bawah menara jam besar. Alhamdulillah apabila kita berhampiran dengan Masjidil Haram, mudah untuk berulang-alik dan dapat menjimatkan masa. Kali ke dua menginap di sini menyaksikan pengubahsuaian ruang masjid secara drastik. Ruang tawaf dan sebahagian masjid dirobohkan bagi kerja-kerja pembesaran. Labbaikallah humarabbaik...hamba merinduimu.

ROYAL DAR AL-EIMAN
Ajyad St. Makkah 24231
Saudi Arabia


Thursday, December 5, 2013

MADINAH AL MUNAWARAH ☪


K
edamaian, keinsafan dan keikhlasan bercampur-baur apabila tiba di kota suci Madinah. Penghijrahan insan mulia menjadikan Thaif diubah kepada Madinah. Dari kota yang mewarisi wabak penyakit kepada kota yang diberkati.
            Banyak peninggalan sejarah Islam di sekitar Madinah namun apabila kepesatan pembangunan menyebabkan suasana asalnya telah berubah.
Beriktikaf di dalam Masjid Nabawi menenangkan hati dan perasaaan. Sana-sini umat nabi Muhammad s.a.w sibuk dengan membaca al-Quran, belajar bersama guru dan mendengar ceramah agama. Sayangnya empunya diri tidak memahami bahasa arab menyebabkan mata hanya melihat juga telinga hanya mendengar.

                             Suasana membeli-belah merupakan kebiasaan di kota ini. Perniagaan tidak kira di kaki lima mahupun di setiap ruang bawah bangunan-bangunan hotel. Namun sedikit terkasima apabila kedai Starbuck dan beberapa kedai dari negara musuh Islam juga berniaga di sekitar masjid. Adakah kerana Arab Saudi sekutu baik kepada negara tersebut?

Al-Madina Al-Munawara
West Central Area
Madinah, Saudi Arabia

BALI ➤


H
indu mendominasi sebagai agama utama di Bali. Sembahan mereka adalah tuhan dan dewa-dewi yang dizahirkan melalui patung yang banyak dicipta. Tidak hairanlah sekiranya di kiri kanan dan tempat menarik dlm program adalah candi. Warisan, kebudayaan dan kepercayaan cukup lama sehinggakan persembahan atau ancak menjadi salah satu bisnes yang lumayan.

                            Peninggalan candi yang pelbagai saiz dan bentuk terdapat juga di Tanah Lot. Salah satu tempat kunjungan utama pelancong ini mempunyai keistimewaannnya. Candi yang terletak di tepi laut ini cukup lama sehinggakan hakisan ombak memisahkan ia dari daratan. 
Pelancong dari Malaysia paling disukai oleh rakyat Indonesia. Mereka akan menunjukkan barang cenderamata untuk dijualkan. Harga tawaran memang cukup murah namun takut apabila lebih dari 5 orang mengerumi anda.
            Kuta Station merupakan tempat penginapan kami di Bali. Hotel budget yang terletak di tengah bandar Bali berdekatan dengan pantai, shopping complex dan restaurant.


Jalan Kartika Plaza, 8x Kuta-Bali-Indonesia
Tel  : (62-361) 758828, 758880
Fax. : (62-361) 758829, 758

GOLD COAST MORIB ☼


M
ahal mungkin kerana all in one di sini. Disamping berdekatan pantai, ada permainan air dan rumah jenis studio apartment. Pasangan baru kahwin memang tidak digalakkan di sini. Separuh dari penghuni adalah kanak-kanak dan tiada tenteram berhoneymoon di sini.


                        Bilik air luas dengan dilengkapi jakuzi. Kanak-kanak memang suka berendam pantang nampak benda pelik dalam bilik. Oleh itu tidak hairanlah kalau nak melancong di resort ini sedikit mahal.
Tempat makan memang banyak di sekitar tempat ini, tapi bukan walking distance. Kena pakai kenderaan untuk keluar dan dinasihatkan buat tempahan dulu kerana kebiasaanya full booked kalau musim percutian.

PT 294 Kawasan Kanchong Laut, Morib Beach
42700 Banting Selangor
Fax.   : 603 31981055

JOURNEY TO THE MALAYSIA EAST ☪


Bandar Kota Bharu merupakan ibu negeri kepada Negeri Kelantan. Mula-mula menjejak kaki ke sini memang berbeza dengan lain-lain negeri. Yang paling ketara ialah signboard di sekitar bandarayanya. Personaliti perempuannya yang bertudung di samping penggunaan tulisan jawi memartabatkan lagi tulisan yang semakin dilupakan itu.

-
                              Terasa kelucuan apabila bangsa lain berbual menggunakan dialek Kelantan. Asimilasi berbahasa mengeratkan lagi hubungan sesama kaum di negeri ini. Namun sejujurnya perjalanan dari Shah Alam meletihkan. Mungkin insfrastruktur jalannya yang masih ketinggalan serta melalui jalan kampung menyukarkan kami untuk berhenti rehat.
Pasar Siti Khadijah antara tempat yang mesti dilawati dan menjadi trademark kepada negeri timur Malaysia ini.   


Jalan Pintu Pong
Kota Bharu
Kelantan, Malaysia

Wednesday, December 4, 2013

TELUK DALAM RESORT ☼



Resort ini sesuai untuk percutian keluarga. Kawasannya dikelilingi oleh gabungan hutan dan laut sangat menenangkan.
             Chaletnya dibina ala kampung dengan kemasan luar dan dalam diperbuat dari kayu. Saiz setiap chalet sesuai bagi keluarga besar 5-6 orang dan jenis twin sharing.


       
Kemudahan yang disediakan serba lengkap sesuai bagi company membuat aktiviti team building. Bagi yang berhasrat datang ke sini, anda harus berlepas dari jeti Lumut - jeti Pulau Pangkor. Teluk Dalam Resort menyediakan carter van kepada penyewanya.

32300 Pulau Pangkor
Perak Darul Ridzuan
Fax.   :   605-6854000