Melaka mempunyai banyak tarikan dan sering menjadi pilihan percutian di musim cuti. Oleh itu, mereka sering mengalami kesesakan dek kerana jalan perhubungannya tidak baik.
Philea Resort & Spa menjadi pilihan kali ini kerana kedudukan dan ketersampaiannya. Kedudukannya hanya beberapa meter dari exit Tol Ayer Keroh menjadikannya jauh dari hiruk pikuk bandar. Rumah chalet yang unik dengan 90 percent rumah diperbuat dari kayu menjadi pengalaman yang sukar dilupakan. Namun begitu, menjadi gangguan kepada para penghuni yang tinggal di tingkat bawah kerana bunyi orang berjalan kuat kedengaran dari tingkat atas.
Resort ini besar mengelilingi kolam buatan di tengahnya. Kolam mandi dengan air terjun buatan, gazebo dan beberapa unit chalet berdekatan kolam memberikan suasana seperti dalam filem tradisional Jepun. Selain itu, kemudahan lain yang terdapat di sini sama seperti resort-resort lain seperti dewan, padang, karaoke, spa dan gym.

Lot 2940, Jalan Ayer Keroh
Off Jalan Plaza Tol
Melaka
Tel : +606 2893399
No comments:
Post a Comment