Translate

Sunday, December 8, 2013

KIWI DAN ALL BLACK

NEW ZEALAND WIKIPEDIA

Siapa yang tidak kenal permainan ragbi?. Antara pasukan terhebat di dunia ialah All-Black dari Negara New Zealand. Permainan ini paling popular di kalangan penduduknya di samping bola sepak. Saiz badan penduduk yang besar-besar sangat berkait-rapat dengan diet seharian mereka. Mereka menyukai daging kerana memberi mereka kepanasan dan tenaga bagi aktiviti pertanian. Justeru binatang ternakan dikomersilkan bagi daging dan hasil tenusu.
             Melancong ke negara yang luas ladang ternakannya dapat dilihat dari atas Auckland Airport lagi. Tidak hairanlah, segala jenis lembu dan kambing kacukan berasal dari sini serta dikhabarkan juga jumlahnya berkali-kali ganda berbanding penduduk.
Pada masa dahulu, penduduk pribumi terdiri dari kaum Mouri yang pelbagai puak. Penjajahan menyebabkan sedikit-sedikit kebudayaan mereka terhakis. Menyedari penting sejarah pribumi, pemerintah membina Mouri Muzium untuk generasi akan datang. Bangsa asing juga menyebabkan burung kiwi semakin pupus. Penyebab utama kepupusan ini ialah anjing!.


                             Ke utara suhunya kurang sedikit sejuk dan banyak tempat menarik boleh dikunjungi. Eko-pelancongan kali ini mengunjungi tempat seperti Rotorua Hot Spring (bau seperti telur busuk dan merupakan tempat mandi ketua puak sahaja), Pukeiti Garden dan Waitamo Garden Caves. Di samping itu, Kelly Tarlton's Antartic Encounter and Under Water World menjanjikan pengalaman hidupan akuatik yang terdapat di negara "berlaga hidung sebagai tanda pengenalan" ini.


71 Mayoral Drive Auckland
1010 New Zealand

No comments:

Post a Comment