Translate

Saturday, December 7, 2013

OSAKA-KOBE-KYOTO

JAPAN WIKIPEDIA

Negara maju seperti Jepun masih mengekalkan kebudayaan tradisonal yang kuat. Pelbagai aspek kehidupan dapat dilihat ciri ini contohnya dalam berbahasa, pemakanan, tatasusila serta kepercayaan masih dikekalkan.
             Wilayah Osaka, Kyoto dan Kobe yang dikunjungi ini merupakan wilayah yang dikatakan sederhana membangun berbanding kosmopolitan lain. Kebanyakan wilayah ini masih banyak taman-taman dan istana diraja yang cantik. Antaranya Temple Kiyomizu merupakan tempat suci dan Osaka Castle bekas istana diraja dibuka kepada umum.
Faktor kepulauan menyebabkan begitu banyak sekali hujan yang diterima di sini bahkan berlaku pada setiap hari. Oleh kerana itu, kebiasaannya hotel akan menyediakan payung percuma kepada pelanggannya kerana dianggap satu kemestian bagi sesiapa melawat negara Jepun.

Perjalanan ke destinasi tertentu lebih tertumpu kepada jalan keretapi sebagai pengangkutan utama. Shinkansen Jr Subway merupakan antara pusat perkhidmatan keretapi di wilayah ini. Di sini penumpang boleh bertukar medium keretapi tertentu misalnya untuk menaiki keretapi laju, LRT ataupun komuter. Tidak hairanlah saiz stesennya sangat besar.

No comments:

Post a Comment