Translate

Friday, December 6, 2013

MAKKAH AL-MUKARRAMAH

MAKKAH WIKIPEDIA

Makkah Al-Mukarramah terletaknya pusat pengabdian umat Islam iaitu Kaabah. Bandar yang sentiasa padat dan tidak putus manusia sepanjang tahun ini dibuka untuk aktiviti ziarah atau haji.
            Uniknya tidak terdapat di mana-mana bahagian di dunia ini ialah air zam-zam. Pertama kali meminumnya, satu perasaan kepuasaan wujud. Dua kepuasan dapat dirasai iaitu kejayaan membuat tawaf dan kejayaan minum air suci ini dari sumurnya.
Antara pengalaman di sini ialah:
✤ Al-Haram dibuka 24 jam untuk beribadat. Suasana malamnya cantik dengan limpahan cahaya lampu. Bagi lelaki dinasihatkan supaya merasai pengalaman sembahyang maghrib dan isyak di bumbung masjid.
✤ Air di hotel sentiasa suam. Paip air merentasi gurun panas menyebabkan suhu air meningkat. Air ini bukan air zam-zam tapi air sulingan air laut.
✤ Purata peniaga tahu bertutur bahasa Melayu.
✤ Pertama kali merasa hidangan nasi arab dengan dihidangkan sekali kepala kambing serta dikongsi dalam talam yang besar.

Hotel penginapan kami di Royal Dar Al-Eiman yang terletak di bawah menara jam besar. Alhamdulillah apabila kita berhampiran dengan Masjidil Haram, mudah untuk berulang-alik dan dapat menjimatkan masa. Kali ke dua menginap di sini menyaksikan pengubahsuaian ruang masjid secara drastik. Ruang tawaf dan sebahagian masjid dirobohkan bagi kerja-kerja pembesaran. Labbaikallah humarabbaik...hamba merinduimu.

ROYAL DAR AL-EIMAN
Ajyad St. Makkah 24231
Saudi Arabia


No comments:

Post a Comment