Banyak peninggalan sejarah Islam di sekitar Madinah namun apabila kepesatan pembangunan menyebabkan suasana asalnya telah berubah.
Beriktikaf di dalam Masjid Nabawi menenangkan hati dan perasaaan. Sana-sini umat nabi Muhammad s.a.w sibuk dengan membaca al-Quran, belajar bersama guru dan mendengar ceramah agama. Sayangnya empunya diri tidak memahami bahasa arab menyebabkan mata hanya melihat juga telinga hanya mendengar.

Suasana membeli-belah merupakan kebiasaan di kota ini. Perniagaan tidak kira di kaki lima mahupun di setiap ruang bawah bangunan-bangunan hotel. Namun sedikit terkasima apabila kedai Starbuck dan beberapa kedai dari negara musuh Islam juga berniaga di sekitar masjid. Adakah kerana Arab Saudi sekutu baik kepada negara tersebut?
Al-Madina Al-Munawara
West Central Area
Madinah, Saudi Arabia
No comments:
Post a Comment